PERSATUAN SULUK BERSATU SABAH (PSBS)
untuk menghubungi kami:
psbs.sandakan@gmail.com

PSBS ditubuhkan untuk memupuk generasi bangsa menjadi cerdik dan pintar disamping memulihara khazanah warisan budaya Suluk berganding dengan etnik lain di Malaysia ke arah negara gemilang dan terbilang

BUAL MAYA

PSBS tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kandungan dalam BUAL MAYA. Kandungannya tidak semestinya melambangkan objektif dan pandangan persatuan.

S U L U K

  
Kaum Suluk atau Sulu berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Sug (Sinug) sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budayanya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular adalah pakaian tradisionalnya iaitu kuput/betawi (perempuan), lapi’ (lelaki) dan tarian, Dalling-dalling. Di sabah pusat petempatan bagi orang suluk adalah terletak di daerah Sandakan Kudat,Semporna,Lahad Datu,Kota Kinabalu,Menggatal,Tuaran,Telipok.

Bahasa Sug adalah bahasa perantara atau lingua franca sebelum era kesultanannya lagi hingga kini. Kaum Suluk berasal dari rumpun Melayu-Austronesian (Polenesian) sebagai mana masyarakat Nusantara di sekitarnya. Bahasa Sug yang mereka tutur adalah mirip bahasa Melayu lama bercampur bahasa Arab dan bahasa etnik lain di sekitar Mindanao. Mengikut sejarah, bahasa asal Suluk sebenarnya adalah dari bahasa asal Orang Tagimaha (Taguima dari Basilan).

Mengikut sumber dari Salsilah Sulu yang dicatat oleh pencatat sejarah Najeeb Saleeby dalam bukunya The History Of Sulu (Manila: 1908),mereka ini dan bahasanya berasal dari beberapa etnik yang bergabung iaitu Buranun, Tagimaha, Baklaya, Orang Dampuan dan Orang Banjar. Mereka berhijrah ke kepuluan Sulu sehingga terbentuk satu masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat Tausug.

Orang Buranun dipercayai yang terawal adalah orang yang menduduki kawasan pergunungan di Sulu dan penempatan terkenal mereka ialah di Maimbung.

Orang Tagimaha pula bermaksud kumpulan pelindung yang datang dari Pulau Basilan yang mana asal sebenar mereka adalah dari pulau besar Mindanao juga dan penempatan terkenal mereka ialah di Buansa atau sekarang dikenali sebagai Jolo (disebut Holo oleh penjajah Sepanyol).

Orang Baklaya bermaksud orang yang menduduki persisiran pantai adalah dipercayai datang dari Sulawesi Indonesia dan penempatan mereka ialah di Patikul.

Orang Banjar pula berasal dari Kalimantan, Borneo Indonesia. Tempatnya di Kalimantan ialah di Banjar Masin.

Orang Dampuan pula berasal dari Champa iaitu salah satu tempat bersejarah di Indochina yang sekarang dikenali sebagai Vietnam dan inilah kaum-kaum seperti yang disebut di atas yang mewarnai wajah bahasa dan rupa paras orang Tausug itu sendiri.

Unsur-unsur bahasa Jawa juga ada terdapat dalam bahasa Sug ini maka tidak menghairankan kerana rumpun Melayu di rantau Nusantara ini antara satu sama lain ada similaritinya. Ini disebabkan kekuasaan kerajaan Srivijaya dan Majapahit di tanah Jawa pernah mempengaruhi daerah-daerah sekitar wilayah Kepulauan Sulu sebagaimana sebelum kemunculan kerajaan awal Melayu Melaka. Maka setelah kedatangan Islam muncullah kesultanan Sulu sekitar tahun 1457 M dan pemerintahan Sultan-sultan Sulu berlangsung begitu lama yang menyumbang kepada Bahasa Sug terus bertahan hingga hari ini.

PEJUANG SULUK

Hari ini, perjuangan kaum Suluk terpahat dalam lipatan sejarah Malaysia sebagai pahlawan yang tiada tandingan Sabah. Di antara pahlawan Suluk di Sabah yang dikenang hingga ke hari ini ialah:

Panglima Ilidji datang ke Brunei berperang membantu Sultan Brunei menamatkan perang saudara 10 tahun lantaran Borneo Utara (Sabah) dihadiahkan kepada Sultan Sulu pada 1675 M.

Datu Teteng @ Tating berjaya memusnahkan kubu British di Pulau Balembangan (berdekatan Kudat) pada 1775 M.

Datu Paduka Mat Salleh melawan tentera Kompani British menyebabkan kerugian besar yang tidak munasabah kepada kompani pada 1898 M.

Syarif Osman menentang kompani British hinggakan beliau dituduh sebagai lanun atau perompak laut kerana penentangannya. Beliau sezaman dengan Datu Paduka Mat Salleh.
 
Tun Datu Mustafa yang berjaya mengetuai gerila Borneo Utara menentang tentera Jepun ketika Perang Dunia ke-II. Bersamanya kaum Bajau, Iranun, Momogun menentang tentera Jepun hingga kalah pada 1947. Datu (Tun) Mustafa dengan berani menukar nama Borneo Utara kepada Sabah dan mengetuai kemasukan Sabah ke persekutuan Malaysia pada 1963.
 
PENGHUNI AWAL BERNEO UTARA

Dalam Kamus Dewan Edisi ke-4, m.s. 1185, peribumi bermaksud kaum asli atau bumiputera. Dengan kata lain, satu kaum yang terawal datang dan tinggal disesuatu kawasan, mendirikan penempatan dan menguasai persekitarannya. Persoalannya, siapakah yang benar-benar dikatakan “peribumi” Sabah? Kemudian, siapa pula yang terawal dikalangan yang awal di antara kaum-kaum Sabah yang kita sebutkan tadi? Sebenarnya belum ada ahli sejarah yang dapat menentukan kaum mana yang lebih awal datang dan membuat penempatan di Sabah.

Yang ada ialah kewujudan lebih awal kaum Dayak Sarawak (Punan, Penan, Kayan, Kenyah, Iban, Dayak Darat, Murut) di Borneo yang mana ahli sejarah sepakat mengatakan mereka adalah kelompok Melayu-Proto yang datang ke Nusantara semenjak 2500 tahun sebelum Masihi lagi. Itu pun mereka hanya tertumpu di Kalimantan dan hanya bertebaran ke merata tempat di Borneo termasuk lari masuk ke tengah-tengah hutan belantara setelah berlakunya ekspedisi mencari hamba dikalangan kaum Iranun dan Bajau Balangingi dari Sulu.

   Menurut seorang Pensyarah Program Sejarah, SSS, UMS, En. Bilcher Bala dalam kertas kerjanyan bertajuk Latar Belakang Penduduk Di Sabah & Sarawak, bahawa, adalah tidak dapat dipastikan dengan tepat bila dan bagaimanakah kemunculan penduduk peribumi asli yang mula sekali menghuni pulau Borneo amnya (khususnya Borneo Utara). Nenek moyang peribumi asli di Borneo dipercayai telah melalui beberapa siri migrasi sejak lebih kurang 20 ribu tahun yang lalu. Kedatangan dan pendudukan awal mereka adalah berlaku di kawasan-kawasan pantai dan tanah rendah. Kemudian penempatan mereka mula tersebar ke kawasan-kawasan pedalaman. Andaian umum menyebut bahawa kumpulan yang terawal tersebar ke pedalaman adalah berlaku akibat daripada desakan daripada kemunculan kumpulan pendatang baru (dari kalangan penjajah) sejak lebih kurang abad ke-15.

   Justeru, wujud tanggapan bahawa ciri-ciri kemasyarakatan primitif yang masih wujud di kawasan pedalaman Borneo adalah ekoran daripada ketiadaan hubungan mereka dengan orang luar. Sungguhpun demikian, hakikat keadaan taburan penduduk di Borneo pada hari ini menafikan tanggapan sebegitu. Misalnya, proses migrasi yang telah berlaku sejak beberapa zaman yang lampau telah menjadikan negeri Sabah sebuah masyarakat yang berbilang keturunan, budaya, adat dan kepercayaan.

Dalam bukunya bertajuk Borneo People, Malcolm MacDonald (1985) telah mengutarakan satu rumusan yang jelas sekali mengenai penduduk peribumi asli Borneo dalam beberapa dekad yang lalu, khususnya yang telah ditemuinya di wilayah Sarawak, bahawa:
“…natives in the deep jungle are 'uncivilized' pagans. They associate together in primitive tribal organization and are divided among distinct ethnological groups called Punans, Penans, Kayans, Kenyahs, Ibans, Land Dayaks, Muruts, and various others. They are the real wild men of Borneo”.

Yang menariknya En. Bilcher Bala mengatakan lagi “…menurut andaian setakat ini menyebut bahawa masyarakat manusia di Sabah pada awalnya adalah terdiri daripada beberapa suku etnik peribumi asli yang kemudiannya telah berubah menjadi sebuah masyarakat majmuk terutamanya ekoran daripada proses migrasi yang mula berlaku seawal-awalnya pada kurun masihi yang ke-10 lagi daripada Tanah Besar China, India, Kepulauan Philipina dan Sulu, Kepulauan Cocos dan Maluku, Indonesia dan lain-lain”.

Ternyata berdasarkan kajian En. Bilcher Bala di atas, proses migrasi antara kaum-kaum dari luar Borneo yang berlaku seawal-awalnya kurun ke-10 dapat membuktikan satu kebenaran yang akan menyusul selepas ini. Kerana berdasarkan kajian yang kami telah jalankan, migrasi telah berlaku secara drastik setelah perluasan pengaruh dan penaklukan oleh Srivijaya dan Majapahit serta terbukanya laluan perdagangan di Alam Melayu yang bermula di kerajaan Melayu Jambi dan Palembang. Pedagang dari India dan Arab pada awal kurun ke-7 hingga kurun ke-9 menjadikan Jambi dan Palembang sebagai persinggahan utama di Nusantara sebelum meneruskan perjalanan ke Champa, Vietnam seterusnya ke China.

Ketika ini Brunei, Johor, Bugis, Banjar, Tidung, Ternate-Maluku, Maguindanao dan Sulu telah pun menjadi satu kerajaan yang sudah tentu aktiviti perdagangan mereka dengan Jambi telah pun berlaku ketika itu. Satu perkara yang perlu diperhatikan ialah jual beli hamba adalah antara yang termasuk dalam aKtiviti perdagangan. Perhambaan pada ketika itu sangat popular dan dimasa-masa kemudiannya telah menjadi punca kepada taburan atau migrasi kaum di seluruh Nusantara.
 

Berikut merupakan petikan daripada  cbox saudara Asreemoro dalam tausug-global.blogspot.com/  (5 Januari 2009)

Kadazan adalah istilah baru, yang menemuinya ialah Tun Fuad Donald Stephen. Asal kadazan ialah Dusun, sedangkan Kaum Dusun dipercayai datang dari Yunnan satu wilayah Indochina.

Berkenaan asal-usul Dusun sila rujuk Muzeum Sabah, yang mana asal usul Dusun adalah dari Yunnan. Kalau kita selidiki, atau masuk kemana-mana blog site kaum asli Yunnan, kita akan menemui kaum ini bertebaran diwilayah pergunungan Vietnam, Kemboja, Burma dan Thailand. Mereka mempunyai budaya menanam padi di gunung-gunung.

Persoalan, bila pula kaum Yunnan ini sampai ke Borneo Utara? Bagaimana mereka datang? Dengan menaiki sampan secara sukarela atau hanyut di laut china selatan ke pantai Borneo Utara?

Kalau ditanya adakah Kadazan-Dusun adalah peribumi Sabah? Jawapannya YA! Kerana mereka sampai ke Borneo Utara bermula abad ke 10 dan selewat-lewatnya pada abad ke-19.

Kalau ditanya pula siapa yang lebih awal sampai ke Borneo Utara? ialah kaum Melayu Brunei, Kaum Sulu (Tausug & Bajau), dan kaum dayak dari kalimantan (Murut, Idaan, Sungei & Tidung).

Kaum Brunei sudah ada di pantai Barat Borneo Utara pada abad ke-7, manakala kaum Sulu sudah memang menduduki Pantai Timur Borneo Utara pada abad ke-7 itu

Sedangkan kaum Dayak dari kalimantan datang perlahan-lahan masuk ke Borneo Utara seawal kurun ke-10

Ini bermakna Dusun kedatangannya telah didahului oleh kaum-kaum yang disebutkan itu tadi.

Aura TAUSUG lebih kuat "tolakannya" dan menyeramkan berbanding yang lainnya.... Sebab itu kaum Tausug telah menempah sejarah yang gemilang seperti NAMANYA....

Kalau kita lihat dari segi aura, SULUG, SULUK, TAUSUG kekuatan auranya hampir sama, tetapi perkataan TAUSUG adalah yang ter"power", diikuti SULUK kemudiannya SULUG.

bercakap dalam bahasa Suluk mereka akan panggil diri mereka Tausug. Bukannya pelik kalau di Sabah. Tapi pelik kalau di Sulu, kalau ada orang yang panggil mereka Sulug itu pastinya org luar

Manakala kaum Sulug sendiri memanggil diri mereka tausug. Kaum Suluk dari kinabatangan kalau mereka bercakap bahasa Melayu mereka memanggil diri mereka sebagai Suluk. Tetapi ketika

kalau kiranya kita letak nama kaum Tausug dengan panggilan Sulug atau Suluk ini, tiada salahnya. Kerana yang memanggil dengan panggilan Sulug bukannya dari kaum Tausug.

"Pelat" dari kaum Melayu Brunei menyebabkan panggilan Suluk itu diguna secara berleluasa, ini kerana dalam perbendaharaan kata Melayu, "G" di hujung perkataan adalah jarang kedapatan

Setelah Pendakwah Melayu dari Brunei datang berdakwah ke Mindanao, mnaka disana orang Melayu Brunei mula memanggil Sulug juga. Malangnya mereka menyebut "Suluk",

Demikian kaum Maguindanao dan Maranao, malah kaum Visaya, Kagayan dan kaum-kaum Ayta dari Filipina menggelar kaum Tausug sebagai Sulug.

Ia berlaku ketika kaum Iranun dan Bajau Balangingi telah menguasai pantai Barat Borneo Utara ketika itu. Iranun menggelar kaum Tausug dengan Sulug

Berkenaan pengistilahan "Sulug" kepada Tausug, istilah ini datangnya bukan dari lidah kaum Tausug sendiri... Ia datang dari kaum luar yang menggabungkan Sulu & Sug menjadi Sulug.